Thursday, August 18, 2011

buah fikiran 10 minit



Pandanglah

Pandanglah,
apa yang engkau rasa perlu

Pandanglah,
untuk apa rasa malu

Pandanglah,
kalau itu yang engkau mampu

Sesungguhnya,
apa yang engkau pandang
bukan lah sesuatu yang azali

Sesungguhnya,
apa yang engkau pandang
belum tentu mendapat restu Ilahi

Jangan di pandang
kalau itu bukan milikmu

Jangan di pandang
kalau itu bisa menjatuhkan mu

Jangan di pandang
jika bukan itu yang engkau mahu

Engkau siapa
untuk memandang?

Engkau siapa
untuk dipandang?

Engkau siapa
di MATA Tuhanku?

Wednesday, August 17, 2011

Pesan Mak aku: part 1

salam ramadhan untuk semua...

mulai beberapa entri daripada sekarang, aku nak cite pasal pesanan-pesanan yang sering aku dengar daripada bonda kesayangan aku yang aku panggil MAK...

orang dewasa macam mak aku ni, biasa lah, makan garam dulu daripada kita..
jadi banyak la mereka punye pesanan-pesanan...
yang aku rasa semuanya berguna untuk kehidupan kita sehari-hari...
termasuklah petua-pemuda yang kerap di titip pada aku setiap hari...

wokeyh...yang pertama...

PESAN MAK AKU; sekali air bah, sekali pantai berubah...sama lah macam orang...sekali mereka nak berubah, tak kira masa, berubahlah mereka...

pesanan ni baru je aku dengar beberapa bulan lepas...
cerita pasal adik aku yang murah hati...
dia selalu ringan tangan nak bagi apa yang dia ada untuk bantu orang lain gembira...

jadi, mak aku cakap;

"memang dia nak bagi aku duit pon tiap-tiap bulan, tapi aku tak harap sangat, aku kesian ngan dia (adik aku)...nak guna duit jugak...mak rilek je~~"

"kalau dia nak bagi, mak ambik, kalau dia tak de duit, mak xksah...ye la...orang macam pantai toi...sekali air bah, sekali dia berubah..."

so, buat la ingatan untuk kita...
untuk konteks yang pertama;
jangan lah kita terlalu mengharap sangat perkara yang belum tentu sahihnya...
mana tahu, lain yang di tunggu dan di harapkan, lain yang kita dapat...
penghujungya, kita yang kecewa...
kan haru jadinya...

untuk konteks yang kedua;
jangan fikirkan seseorang itu sudah tidak boleh di bentuk lagi...
walaupun mereka sudah menjadi buluh yang bengkok...
tak mungkin mereka tak boleh jadi perabot yang bermutu...
kalian paham kan?
jangan terlalu skeptikal terhadap seseorang...
bila-bila masa saja beliau boleh menjadi baik/jahat, kalau itu yang Allah takdirkan..

woryte...
tak banyak...

jumpa lagi dengan pesanan-pesanan mak aku yang lain...

salam~ciao~

Sunday, August 14, 2011

yay!Illuminati dah sampai Malaysia!(duh!)

salam ramadhan...

how's your ramadhan guys?
for non-muslim...how's bazaar ramadhan?hahaha

ok...saja mengisi masa lapang time2 puasa ni...
selalu juga jenguk-jenguk u-tiup...
dan jumpa macam-macam video menarik...

saya dengan muzik memang sukar dipisah...
justeru, kerap la search lagu-lagu...
antaranya artis Malaysia tercinta kita ni...

kalian mesti tahu tentang illuminati jahanam ni kan?
ala...kalau tak tahu, mesti tahu tentang konspirasi-konspirasi yang sengaja mereka ciptakan...
pernah tonton The Arrival?ha...
semua ada dalam tu...
jemput la tonton untuk penuhi ilmu tentang illuminati ni...

pernah nampak segitiga dengan 1 mata dekat dollar US?
simbol behemoth kepala kambing yang kerap muncul dengan simbol bintang terbalik?
pernah tengok simbol panahan petir kat mata Lady Gaga?
ha...itu semua ada dalam simbol-simbol wajib illuminati...

jemput tengok video-video klip artis kita pulak...


nampak apa yang selalu anda nampak di video klip Lady Gaga?
kalau anda semua observer yang kental...
mesti nampak apa yang aku cuba nak tayangkan...

cuba yang ni pulak...
artis indie yang kita banggakan...


jelas bukan?
atau anda yang malas nak ambik tahu hal ni?
ni bukan lagi mythology lagi saudara...
ni dah jadi pop-cult dah...
dengan ramai yang masih lagi "buta" dengan apa yang berlaku...

aku bukan nak cuba menjatuhkan...
tapi cuba nak tegakkan benang yang basah...
biarpun pahit...sekurang-kurangnya aku mencuba...

banyak lagi kalau anda cuba selongkar di mana-mana....
tak kira untuk muslim atau bukan muslim...
bukan semuanya menyokong perkara begini...

aku nak orang-orang kita sedar bahawa ini bukan budaya main-main
ini serius...
dan aku bukanlah obses dengan perkara-perkara macam ni...

ingat TV3 pernah di kecam teruk dengan perkara ini?
rujuk la di u-tiup kegemaran anda...

pasti ingat...

salam, ciao~

Friday, August 12, 2011

mahu bahagia?

Oh...Bahagianya....

engkau propa
mahukan bahagia
tapi engkau?
bahagiakah engkau?

engkau propa
engkau tak bahagia
tapi mereka?
engkau bahagiakan?

engkau bilang dialah purnama
dia ucap "engkau yang kucari"
tapi bilang hilang malam?
engkau gantikan dengan mentari

mereka engkau ganti tiada henti
angkau bilang masih belum ketemu
bila jumpa apa yang dicari
"ini 1 kesilapan" katamu

mulut manis macam gula
tapi dia tahu hatimu menyimpan cuka?

mereka sendiri mencari bahagia
mampu engkau beri pada mereka?

Oh...
bahagianya...
jadi insan seperti anda...
sedangkan mereka mencari...
dengan yakin, engkau menanti...

Tuesday, August 9, 2011

rugi ke?

salam ramadhan...
amacam puasa?
mampu lagi untuk bergerak dan terus beramal di bulan mulia ni?hahaha

saja...aku abru je lepas jog...
so, time2 jog tadi teringat nak menulis sesuatu...
sesuatu yang aku rasa ramai alami...

gossip-ing atau mengumpat...
cerita-cerita tentang orang...

hmmm...
ramai tahu, mengumpat ibarat memakan daging saudara sendiri...(dalam Islam)
macam 1 petikan hadis ni:

Daripada Anas r.a. katanya, Rasullah bersabda :

"Ketika aku dimikrajkan (malam israk dan mikraj) aku berjumpa dengan satu golongan yang kukunya adalah daripada tembaga, mereka melukakan muka-muka dan dada-dada mereka (dengan kuku itu). Lalu aku bertanya : Siapakah mereka ini wahai Jibril? Jibril menjawab : Merekalah orang-orang yang memakan daging-daging manusia (mengumpat) dan mengatakan keburukan terhadap maruah orang lain".

Hadis riwayat Abu Daud.

tapi, aku tahu...ada saja insan yang tak senang duduk kalau mereka KETINGGALAN...
ketinggalan dari segi cerita-cerita orang ini...
mereka rasa mereka perlu update dengan "perkembangan semasa" ni..
kalau tak, xd la modal mengumpat nanti...hahaha...

macam syall...

maaf mencarut...kalau lah itu mencarut....
kan?

persoalan aku sekarang...
RUGI ke kita kalau tak tahu cerita2 sebegitu?
aku dulu ada perangai camni jugak...
tapi bila aku fikir-fikirkan balik...
aku tak jumpa kebaikan dia...
malah kita akan jadi lebih teruk dengan penglibatan kita itu...

sebab aku jumpa orang-orang yang camni dalam kehidupan sehari-hari aku...
aku meluat...
tapi apa aku boleh buat?

aku nak mengelak...
dan kalau boleh aku nak mereka hindarkan perkara-perkara ini...
sebab yang buat aku meluat tu...
muke punye la tak bersalah...
tapi disebalik tu...engkau ni ibarat ENSIKLOPEDIA GOSSIP bergerak...

justeru,kalau kita boleh elak, dan basmi perkara camni dalam kehidupan sehari-hari...
buat lah...
jangan jadi duri dalam daging, api dalam sekam...
harap je simpan taring, tapi perangai macam haram...
nah aku bagi, sebelum aku tamat;

Dari Abi Musa r.a katanya : Aku bertanya, wahai Rasullah, "Siapakah muslim yang terbaik?" Baginda menjawab : "Sesiapa sahaja yang selamat (memelihara) orang-orang Islam yang lain dari kejahatan lidah dan tangannya.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

sakit telinga oi!

salam...ciao~

Monday, August 8, 2011

ramadhan.dan.perubahan

salam ramadhan rakan2 pembaca muslim...
yang belum muslim lagi pon salam ramadhan gak...

sebab aku tahu, anda semua merasakan "kehangatannya"...hahahaa

so, macam? sekarang sudah masuk malam ke-9 ramadhan (ketika aku tulis ni la)...
apa yang anda lakukan selama 9 hari ni?
ingat...10 hari pertama adalah himpunan hari2 pengampunan...kan?

kalau aku, aku berazam untuk puasa penuh (osh kosh la kan), sambil 2 jugak aku nak cuba perbanyakkan amal di bulan yang teramat mulia ni...
alhamdulillah...suku da al-Quran kami tadarus-kan tiap2 malam...
yang bagi aku 1 pencapaian jugak la...

tapi...
itulah...
aku nak kongsi tentang ada golongan2 yang aku rasa tak nampak apa rahmat yang menanti di bulan mulia ni...

mereka seolah2 leka untuk membezakan kari2 biasa mereka dengan hari2 yang mereka lalui di bulan ramadhan...

aku tahu...
aku bukan orang yang tepat untuk memberi tauladan pada golongan2 ini...
sebab aku tahu...
aku sendiri tunggang langgang...

tapi sekurang2nya, aku tak nampak 1 perubahan pon pada golongan2 ini...

masya-Allah...
nipisnya iman ku...
aku tak mampu untuk memberi pringatan pada mereka...
percaya atau tidak...
aku mampu mengigil untuk memberi teguran...
walhal aku tidak putus2 memohon pada Tuhanku untuk memberikan segala macam kekuatan pada aku untuk beramal dan saling memperingati orang2 yang aku sayang...

namun aku yakin...
bahawa Allah akan sentiasa membantu makhluk2Nya yang memerlukan...

salam ramadhan...
1 pintaku....

bezakan hari2 mu dengan hari2 yang engkau bakal tempuhi di bulan ramadhan yang mulia ini...
salam~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...