Tuesday, June 23, 2009

pasang surut kehidupan


salam semua pembaca tegar blog aku...(ada ke?)

hahaha...how's life?
yela...almaklumlah,saat aku menulis sekarang aku percaya ramai yang masih ada kat rumah...
menghabiskan sisa-sisa cuti anda...

tahniah...

ok...this time i wanna talk about our life...
perjalanan hidup kita sebagai seorang insan...
sebagai seorang manusia yang berakal...

anda semua pernah mendengar...

"Hidup ini seperti roda"

ha...sah2 la selalu kan...
tiba-tiba aku rasa yang sekarang ni aku sedang berada di bawah roda tersebut...
aku rasa ada yang 'kurang' sana-sini...

di atas paksi semua ini adalah ketentuan Tuhan yang Maha Esa...
aku tetap hadapi jugak...
ketika ini aku rasakan...
sebarang keputusan akan membawa kita ke satu pilihan atau jawapan...
yang kadan-kadang kita tak nak pilih...
tak nak lalui..

tapi...terpaksa...

mungkin semuanya ada hikmah di sebalik kejadian..
aku tak nak tersilap cakap dalam situasi ini...
di mana aku sedang dipinggirkan...
di mana aku sedang di lupakan...
di remeh kan...

aku rasa akuy di bawah putaran roda...
terlanggar paku...
bocorlah aku...

jadi...
jangan langgar paku...
jangan langgar kaca yang cantik seperti berlian tapi...melukakan...
jangan langgar duri...yang asalnya dari mawar yang mekar di hati...

hm...
aku cuba jadikan situasi aku (sekarang ni) salah satu situasi yang aku dapat gunakan sebagai panduan aku sendiri...
serta panduan untuk orang lain...

kita tak selalu diatas...

tapi kita pernah diatas dan kita juga akan keatas...
I'Allah...

ok geng..itu je yang aku dapat kongsikan kali ni...
salam menuntut ilmu...
salam sahabat...

Assalamualaikum...

Thursday, June 18, 2009

cuti...inilah cuti?

salam semua...

dah lama kan aku tak menulis kat sini...
hm...takpe2...faham je la...

belum sampai masanya aku menulis secara full time...kui3...

hm...saat ini aku tengah cuti lagi...
lusa baru aku nek semester balik...

tapi sebelum aku balik maktab...gian plak rasanya nak menulis...ha..

this time i wanna talk about..HOLIDAY...

lots of things actually...macam-macam da berlaku dalam masa sebulan aku bercuti ni...
hm....

seperti...
1-akhirnya aku berjaya jumpa rakan-rakan 'MIC' aku...
yang selama ini jadi study group member aku..(i hope we can meet again)
2-kawan aku(semot) da dapat vesparados baru...(tahniah pada beliau)
3-akhirnya aku dapat result DELNA aku...(yang ada gak yang sama nasib ngan aku)..
jangan risau semua band6(alhamdulillah)...hahahaha...
4-inbox fon aku tak berjalan kecuali mesej-mesej dari service provider aku je (celcom)...
serius shit...aku cday...(kan3?)
5-aku bekerja mencari duit tanpa henti sebab aku rasa aku akan sengkek di hari murka...hahahaha
6-cday tgk moto aku yang terbenkalai sebab rosak...ai...ntah bile nk elok...
7-hampir setahun...
8-aku dapat jamm join dengan budak-budak kugiran kat FELDA aku...susah tapi membina pengalaman...

hm...itu je yang aku dapat dalam musim cuti ni...
kepada rakan-rakan dan insan tersayang(aicet)...
kite jumpa kat trek...

trek kehidupan kita...

assalamualaikum~

Sunday, May 3, 2009

Apa masalah anda?

salam...

adeh...disebabkan rasa bersalah yang menebal dalam diri...
aku terasa nak menulis pulak kali ni...

hm...
"apa masalah anda?"
anda semua?
anda sahaja?
kita semua?
atau masalah saya?

hm...
ok...adakah kerana anda ada masalah dengan seseorang itu...
anda perlu cari masalah dengan dia?

adakah kerana orang itu ada masalah...
anda cuba memainkan peranan dengan menambah masalah kepada dia,orang yang bermasalah?

adakah kerana semua orang ada masalah dengan dia...
anda juga mahu tumpang sekaki cuba cari masalah dengan orang tersebut?

adeh...
aku tak tahu lah...

mengapa certain orang perlu selalu 'berdamping' dengan masalah...
kadangkala bukan sahaja dengan masalah sendiri...
malah join sekali dengan masalah orang lain...

pelik kan?
aku yang selalu tengok ni lagi la pelik...

adeh~

hm...
aku rasa kadangkala berasa macam aku ada dalam organisasi atau atmosfera...
di mana setiap orang suka memikirkan tentang masalah orang lain...

aku jadi tak kisah kalau ikutkan...
sebab aku faham...
orang-orang macam tu cuba untuk menjadi orang yang mengambil berat...

tapi...
aku jadi kisah bila...
diorang sendiri ada masalah dengan diri diorang sendiri...
kalau tak pun dengan orang sekeliling diorang...

mengapa!mengapa!
aku tak faham...

disebabkan aku sedang menjaga reputasi aku sebagai seorang yang penyabar...
aku...sabar jela...
buat baik dibalas baik...
buat jahat....

di balas jahat...

subhanallah~
(kali ni aku malas nk fancy2...xd mood)

Friday, April 17, 2009

Anda bagus?

salam semua...
kepada pembaca setia (cet!brapa kerat la sgt)...hahaha...

ok, rasanya da lama aku tak menulis ni...
baiklah, kali ini aku ada satu topik yang aku suka bahaskan...

'Anda Bagus ke?"

hm...aku selaku pemerhati tegar dalam lingkungan masyarakat yang aku terlibat sekarang...
aku selalu perasan yang sesetengah orang rasa diri mereka terlalu bagus...
dan agak sukar bagi mereka nak dengar buah fikiran orang lain...
yang buat sesuatu tanpa memeikirkan implikasinya kepada orang sekekliling...

anda ke?maaf...jika terasa...

hm,kadangkala sampai orang lain dah muak nak 'mengumpat' tentang anda...
'pi mai pi mai tang tu gak'
kadangkala aku terfikir...
"apa yang mereka fikirkan sebenarnya?"
bila mereka mula merasakan yang diri mereka itu bagus...

ok...ok...ye anda lebih bagus daripada saya...
one word from me..."Tahniah, kerana anda dilahirkan lebih bagus dari saya"

ye, anda ada duit, boleh 'beli' kuasa...
ye, anda pandai, bijak, dan segala macam perkataan yang tipikal bagi genius...
ye, anda ada rupa, boleh 'melekat' dengan sesiapa pun...
ye, mak bapak anda baik, anda datang dari keluarga yang berada...
ye, anda ada rakan-rkan di belakang anda yang maish tidak sedar yang anda sedang 'pergunakan' mereka...

tapi,pernahkan anda fikir sejenak...
jika di dunia ini hanya ada 'org-org' seperti anda...
siapa yang mahu bertolak ansur?
siapa yang mahu jujur dalam hubungan?
siapa yang mahu mngikut kata anda?

siapa yang mahu menyedarkan anda?

jika anda sedar tentang 'kelebihan' yang anda ada sekarang...
anda tak akan menunjuk-nunjuk yang anda ini memang 'terlebih-lebih'

'ke-bagus-an' anda itu boleh disalurkan..
di bahagi-bahagikan untuk kesejahteraan bersama...
jangan anda ingat semua orang akan 'mengiktiraf' ke-bagus-an anda...
dan jangan ingat, anda seorang saja yang bagus dalam linkungan 'kuasa' anda...

faham-fahamkan lah ye...

saya yang merendah diri,mohon berundur~

'marishka hargitay'...ahakz!

Wednesday, February 25, 2009

Inferior?superior?

Hm....

Assalamualaikum suma~

er...sorry...aku lewat sikit update blog aku ni...
for those who wait?here you go...

okek!
this time i want to touch on,inferior or superior?

hm...
kadang-kadang korang perasan tak yang kita dengan 'tak sengajanya' menjadi hamba..?
hm...bukan hamba kapitalis...tapi...
orang yang rasa diri dia da cukup bagus untuk memeberi arahan...
yang merasa dirinya patut diberi perhatian yang lebih...
yang merasa dirinya patut dapat semua yang dia perlukan..
pernah tak?

hm...
dan...yang selalu jadi mangsa...
ibu bapa yang penyayang...
adik yang menghormati...
rakan yang yang setia...
musuh yang bertimbang rasa...atau...
guru yang penyabar...mungkin...

akibat memikirkan akan perasan orang yang merasakan dirinya 'superior' tersebut...
maka...
semua orang yang berada berdekatan secara langsung atau tak...
terpaksa(mungkin) menjaga hati 'si dia'...
dan secara tak langsung....
menjadi 'inferior'...

nampak tak situasi tersebut?

hm...
'si dia' yang perasan dirinya itu bagus...
perlu dihormati...
perlu disayangi LEBIH...
mula untuk menjadikan perangai sintetiknya(mungkin perangai asli) itu mula naik lemak...

tak dapat jepp~

hm...
kenapa si polan boleh berubh jadi 'si dia'?
mungkin....
pentingkan diri sendiri...
lupa daratan atau asal usul...
terlalu manja(akibat kasih sayang dari ibu bapa yang penyayang) mungkin...
terlalu malas...
atau mungkin...
saje je?

hm...
tak faham kan?
aku pun...

kenapa perlu pergunakan perasaan orang lain untuk kepuasan sendiri?
baik tak yah hidup...
kalau hidup menyusahkan orang je...

er...
okek!

setakat itu je...
keep reading my writing...

salam...

Tuesday, February 17, 2009

Kebetulan yang ditakdirkan

Hm....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

hu3,macam wakil rakyat ar plak...

hm,bertemu lagi wahai pembaca setia ku...
hm...this time..."Kebetulan yang ditakdirkan"

okay~
kebetulan...selalu kan jadi dalam hidup kita...
kalau korang perasan la...
aku perasan....hm...

kadang-kadang kebetulan ni merubah hidup kita...
mengubah persepsi kita terhadap orang lain...
perspsi orang lain pada kita...
mengubah hubungan...
mengubah kesetiaan...
keyakinan...

senang cerita...
kebetulan ni boleh merubah dari positif ke negatif...dan...
negatif ke positif...

hm,kadang-kadang kita rasa kebetulan ni satu peristiwa yang teruk..
merugikan...
susah nak dilupakan...

hm...tapi,kita kene fikir...
semua yang berlaku,yang terjadi...
ada hikmahnya...

Allah S.W.T da tetapkan setiap umatnya menjalani kehidupan dengan setiap pilihan dalam hidupnya...
kan?

hm...kebetulan korang lahir...
kebetulan korang dapat membesar...
kebetulan korang dapat masuk sekolah...
kebetulan korang dapat result bagus...
kebetulan korang dapat sambung belajar..
kebetulan korang dapat kawan...
kebetulan korang dapat 'teman hidup'
kebetulan korang murah rezeki...
kebetulan korang buat dosa...
kebetulan korang lepas....
kebetulan korang disanjungi...
kebetulan aku dibenci...
kebetulan korang 'diterima'...dan...
kebetulan juga korang dibuang tak dihargai...
tak diterima...

kebetulan ke...

takdir?

hm...bagi aku,itu semua takdir tuhan...
takpelah...

kerana,apa yang aku azamkan setiap hari adalah...

HARI ESOK ADALAH LEBIH BAIK DARI HARI INI DAN SEMALAM

I'Allah...

k...sampai sini je...
aku nak p main pentanque...hu3...

salam...

Sunday, February 8, 2009

Ke mana selepas ini?


Assalamualaikum...

hm, aku kembali bersama beberapa persoalan yang sentiasa dipersoalkan dalam persoalan-persoalan sekitar kehidupan aku...

hm...

Ke mana kita semua jika tidak ke sana?

Ke "sana"...tak faham?

Fikirkan sejenak...laluan apakah yang telah kamu semua pilih sekarang?

Ke mana laluan itu membawa anda?

Apakah yang anda telah jumpa di sepanjang laluan yang telah anda lalui?

Ye...laluan...laluan hidup anda sekarang...

hm...bayangkan...
jika apa yang anda lalui sekarang berpenghujung... dan tiada cabangnya...

anda temui jalan buntu...
dan seterusnya,mati kutu...camne?

hm...justeru, cuba fikirkan...kemana anda jika anda gagal dalam hidup yang anda pilih sekarang?

anda sekarang tengah kerja? tapi hilang kerja...
tengah study kat oversea? tapi kene balik 'Kampung' sebab tak perform...
nak buat degree kat IPT? tapi pointer tak cukup nak proceed...
dah terlanjur dengan pasangan? tapi pasangan da jemu dengan anda...
tengah syok berpasangan? tapi rupanya salah seorang tak jujur...

Camne?

hm...ak tak nak buat pape...cuma aku nak anda semua berfikir...

aku pun berfikir gak...jangan risau...

ok lah...

itu je...

Assalamualaikum~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...