Wednesday, July 7, 2010

hubungan itu...

salam...

selamat sejahtera semua...hm...aku masih dalam mood cuti ketika ini...hahaha
yepp,kat negara orang ni tengah cuti sem sekarang,so,kelas start area 19hb ni...hm~

so,what happened around a week here;
BERSATU games: yepp,untuk yang dah tahu apa itu BERSATU games,tahniah...siri kali ini telah selsai dan berjalan dengan lancarnya...hahaha...cuma beberapa kesilapan teknikal melibatkan pertukaran jadual dan venue sukan yang terpaksa di ubah2 akibat prebuhan persekitaran yang kurang tepat dengan keadaannn(hujan dan transport yang tak menentu)...anyway, congrats kepada team organiser dan para peserta yang sekali lagi telah berjaya menjayakan BERSATU games; Auckland city,2010...tahniah!

Rugby ANZAC cup; Piala Ali Rustam: hahaha...ini 1 lagi acara yang kami tunggu2...kejohanan ragbi 10's Piala Ali Rustam. aku yang bermain untuk wakil pasukan Auckland telah berjaya meraspas kembali piala yang setelah sekian lama di simpan di tangan pasukan Wellington...versi kali ini kami berjaya mengalahkan pasukan Wellington dengan 50 mata berbalas 0...tapi,bukan kemenangan yang kami cari,tapi semangat kesukanan dan semangat 1 malaysia yang sentiasa di praktikkan oleh setiap peserta kali ini...(er...walaupun hanya 2 pasukan yang bertanding...)...sekalung tahniah pada yang hadir!

hm...itulah...
acara sukan yang berbagai ragam telah berjaya aku lalui minggi ini...hm~

tapi,bukan sukan je...habis je sukan,1 lgai dugaan telah menghantui hidup aku...adehs...

orang yang aku sayang mula mempersoalkan aku...
mula fikir yang aku tidak lagi 'melihat dia'...ai...

ye...aku mengaku...memang aku yang salah...
aku rasa,aku tak boleh teruskan hubungan macam ini...
aku belum cukup matang...
aku masih dihantui bayangan 'kejam' yang pernah aku lalui dulu...
aku perlukan seseorang yang boleh bagi aku petunjuk...
aku...
aku bukan untuk dia...

ye...aku dapat rasakan,aku bukan untuk dia...

aku tak layak untuk dia...
aku bukan orangya...
bukan aku yang dia cari...
aku bukan kebahagiaan untuk dia...
aku selalu buat dia menangis...
aku tak nak...

aku tak nak...

aku tak nak dia bersedih lagi...
"lalu,buat lah sesuatu yang boleh buat dia gembira..."

aku tak boleh buat dia gembira...

"kalau dulu boleh,kenapa sekarang tidak?"
aku sentiasa cuba buat dia gembira...sentiasa mencuba...tapi aku rasa,aku sudah tidak mampu...

"kenapa?kau dah tak sayang akan dia?"
bukan...sebab aku rasa...aku tak cukup buat dia...

"kenapa?kau dah berubah?"
bukan...hati aku masih untuk dia...tapi...aku tak tahu...mungkin aku yang berubah...ye...mungkin aku...tapi bukan cinta aku padanya yang dah berubah...tapi dia sendiri yang merubah hidup aku...

"la...apsal pulak?apa dia dah buat pada kau?"
hm...aku rasa,egonya sangat tinggi...tindakan aku sentiasa dipersoalkan oleh dia...masa lampau seolah2 lebih penting untuk dia...cerita lama di buat rujukan...sedangkan dia tahu,masa depan dia,denganku...

"la...itu je masalhnye?tak lah besar mana pon~"
memang,bagi aku...aku terima saja setiap apa yang dia katakan...ye...biarlah dia menang...birkan aku kalah...aku tiada masalah,asalkan tiada pihak yang bermusuhan...tapi tidak...kemengan bukan matlamat dia...tapi dia mahu aku tunduk padanya...

"dah tu,stay down je lah...ikut je lah cakap dia..."
boleh,tapi bukan dari dulu,kini dan selamanya...aku lelaki,aku bakal jadi ketua keluarga...aku bakal jadi suami kepada seorang perempuan,aku bakal jadi bapa kepada anak2 ku kelak...tetapi?tak kan mahu lihat aku sentiasa ketakutan untuk memberi keputusan?aku masih ada hak...

"owh~ok...so,dia mintak putus ke dengan kau?"
tak lah....er...mungkin...tapi...aku tak boleh terima apa yang dah berlaku...aku dihalau...dan itu membuat aku sedar...mungkin dah sampai masanya aku berundur...aku sedar...aku bukan untuk dia...mungkin ada orang lain yang lebih sesuai untuk dia...yang boleh bahagiakan dia...setiap masa...yang boleh buat dia tersenyum,setiap masa...aku mungkin tidak mampu...

maafkan aku...

sebarang saranan untuk aku yang tengah jiwa kacau ni...silakan...hahaha
anyway,life must go on right?
mungkin bukan rezeki aku...

owkay...jumpa lagi ye...
owh,lagi 1...lawat aku kat flick account kalau nak tengok gambar2 baru..okek?

ciao~

Monday, June 28, 2010

KEMBALI


salam semua...

ye,aku da kembali...aku mohon maaf pada yang membaca blog aku ni...(er...mcm xramai je~)...hahaaha

hm...aku bukan apa...bukan malas nak menulis...cuma,aku jarang bukak blog semenjak dua menjak ni...(dekat setahun gak la~)

hahaha...ok2...sejak pertapaan aku beberapa waktu lepas...macam2 perubahan dah berlaku...antaranya:

1-lokasi aku da bertukar,daripada johor bahru ke auckland ,new zealand...(hu~)
2-lay out da tukar baru...hahaaha
4-korang boley check out flickr photostream aku...sebab ak semakin galak nak snap pic pelik2 skrg ni~hahaha
5-cubaan untuk membuat korang dengar lagu2 yang akan aku compose (i'Allah~)

TAPI...ad jugak yang tak pernah berubah...hahaha
antaranya:

1-friends list...er..macam tak bertambah je~hahaha
2-myself....diri aku sendiri...cuba menjadi se-anarki mungkin dengan pemerhatian rambang aku ni....hm~
3-music tetap core opinion aku (er...maksudnye?)hm...entah la...music is my life...aku tak boleh hidup tanpa irama...

hm...itu lah...aku cuba wujudkan traffic yang lebih mantap untuk orang access aku nyer blog ni...

seperti biasa,blog ini mengharapkan korang melontarkan idea tentang manusia yang sedia kompleks...

aku mahu jadi penggerak...

aku mahu jadi batu aras...

aku mahu jadi pencetus...

tentang betapa pentingnya frasa "buat baik dibalas baik,buat jahat buruk padahnya"
"orang memberi,kita merasa"....dan "nak seribu daya,tak nak seribu dalih..."...hm~

so...itu lah...
jangan putus harapan...
aku mahu tetap menyumbang...
walau hanya dengan kata2 kosong yang "berjiwa"...

ok lah...just know that...
this is not the beginning of an end...there are more than meets the eyes...(sekali tiru ayat transformers da~)

yepp,i got more to tell you guys...lots of people's stories...just wait and read...

aku tak hebat mana pon...

salam~

Friday, September 4, 2009

mulut anda dan perasaan orang lain


salam 1 Malaysia pada semua pembaca budiman...

rasanya, sudah agak lama saya tidak menulis di sini...sigh~
hm...jadi...rasanya agak banyak input yang masuk dalam dapatan saya kali ini...maka...
silakan lah membaca...

Perasan tak?apa yang kita cakapkan kadang-kadang mempengaruhi perasaan orang lain?
kali ini saya nak beri beberapa pendapat saya tentang 'masalah' ni...

hm..selalunya bila anda tegur balik orang yang mulutnya 'berbisa' ni, dia 'sembur' balik kita...
"ala,kita kena lantang dalam suara kan pendapat"
"ala,aku tak suka la cara dia,aku tegur je pon..rileks la..."
"kadang-kadang kita kena ajar dia..."
"aku memang macam ni.ada masalah?"

kita pun rasa bengang juga kalau ada orang sesuka hati mengata kita..

orang yang mulut 'busuk' ni...apa yang mereka fikirkan agaknya?
mereka tak ambil kira perasaan orang lain ke bila bercakap?
memang la,kadangkala kita lantang dalam berkata-kata...tapi...
bukan dalam semua aspek...
bukan dalam semua situasi...
atau institusi....

anda perasaan tak,kadangkala orang macam ini juga seorang yang panas baran?
hm...emosional tak menentu...
hormon sering terganggu...barangkali...
hm...nak cakap di bawah pengaruh alkohol,deorang dalam institusi pendidikan(sekolah,kampus,U,etc..)

mereka bayangkan apa yang mereka suarakan itu sangat tepat,betul,dan mesra rakyat..sigh~
tapi bila orang lain bagi pendapat...lagi-lagi pendapat yang bercanggah fari mereka,tahu pula mereka nak membangkang/kecil hati/emo tak tentu pasal...
tapi...intipatinya sama...
"mereka bayangkan apa yang mereka suarakan itu sangat tepat,betul,dan mesra rakyat..sigh~"

suarakan pendapat juga kan?

kerana oang-orang macam ini,suami isteri bergaduh..
rakan karib berperang dingin...
keluarga porak peranda...
ahli kumpulan berpecah belah...
pasangan kekasih berubah haluan...

mengapa?mahu timbulkan anarki?
konspirasi?
atau cuba melakukan evolusi?

hm...kita dah diajar bermacam cara untuk berkomunikasi bukan?
bermacam cara boleh digunakan untuk menyuarakan hasrat kita..
"mengapa?mahu timbulkan anarki?
konspirasi?
atau cuba melakukan evolusi?"


mak,gunakanlah sebaik mungkin..cari yang sesuai dengan keadaan,tempat,masa,situasi...
baru orang lain tak sakit hati...perasaan kita,orang sekeliling kita terjaga...I'Allah...
hm...

rasanya itu saja...renung-renungkanlah ya...
jika ada sumbang saran yang lain...teruskan...saya sangat-sangat mengalu-alukannya...
sampai sini saja...

salam ramadhan...

Friday, July 17, 2009

"Kau memang suka susahkan orang la..."


oit2!~

Hahahaha..
assalamualaikum semua..

hm, tiba-tiba, aku rasa nak menulis plak waktu-waktu camni...huhuhuhu..
hm...bukan apa, tiba-tiba aku terfikir pasal seseorang selalu ambil mudah tentang perasaan orang lain..

ai...terimalah..."Kau memang suka menyusahkan orang lain..."

pernah anda melindungi (backup) oran lain..
tak kira la..
kawan ke...
mak bapak anda ke...
adik beradik anda ke...
musuh-musuh anda la...

sape-sape je la...ada?

aku faham, semuanya ada sebab tersendiri kan?
mana yang positif, tak ada masalah la kan...tapi cuba kalau...beliau cuma mahu mengelak daripada:
  • jumpa cekgu(sebab buat salah)
  • jumpa mak bapak(mungkin malas nak dengar leteran)
  • jumpa pasangan(sebab curang kowt~)
  • melakukan kerja-kerja amal(mungkin?)
  • untuk mencuri peluang baik(ada ke?)
  • hm..atau cuba untuk tampil kehadapan atas sesuatu yang mungkin akan memalukan beliau(hm...)
itu la yang aku hadap baru-baru ni..
iaitu salah satunya...
lari daripada taggungjawab sebagai seorang Melayu-Islam...

nak buat camne tu?
nak nasihatkan?
bagi ceramah keluarga sakinah?
nak belasah je bagi kesedaran secara kognitif sikit?
hm..
"nak buat camne tu?
nak nasihatkan?
bagi ceramah keluarga sakinah?
nak belasah je bagi kesedaran secara kognitif sikit?
hm.."

alam konteks keagamaan...dan juga kebudayaan..
"melayu-Islamkah beliau?"
jika beliau sentiasa ada sahaja alasan untuk tinggalkan solat?
sentiasa ada niat untuk melakukan kemungkaran?
memikirkan kesenangan diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan orang lain?
akhir sekali,beliau mahu anda(orang lain) melindungi beliau atas kemungkarannya...

camne tu?

owh..maaf...mashaallah...hanya Allah S.W.T yang berhak menilai makhluk-makhluknya...
subhanallah~

maka, renung-renungkan dan selamat beramal...dah nak masuk bulan syaaban dah ni...
assalamualaikum~

Friday, July 3, 2009

"engkau tak fkirkan,apa yang aku fikir"


salam wahai semua pembaca budiman...

hm...skali seminggu...
itu yang aku janjikan untuk pambaca blog aku...(kalau korang pembaca blog aku ar...)

hm...okay...new post, new topic aite?
so...aku nak menulis tentang apa yang aku fikir...

anda tahu apa yang sedang saya fikir?
saya fikir apa yang sedang anda fikir?

anda lalui apa yang saya lalui?
adakah saya lalui apa yang pernah anda lalui?

hmm...kita pernah berada di dalam situasi di mana, orang lain tak mengerti apa yang telah kita lalui...
situasi di mana orang lain tak tahu yang ada hikmak di sebalik segala apa yang kita lakukan...
mereka fikir apa yang anda fikir?

apa yang mereka fikir?
mereka fikirkan yang mereka akan terus senang dengan apa yang mereka miliki...
mereka fikir apa yang kita lakukan tidak akan membawa sebarang perubahan yang negatif pada kehidupan mereka...
mereka fikir apa yang anda lakukan hanya semata-mata untuk diri kita(anda) sendiri...

kita berpenat lelah lakukan sesuatu untuk sesuatu yang di harap dapat menyumbang beberapa makna dalam kehidupan kita(anda)...
kita bersusah payah memastikan kebahagiaan dan kesejahteraan orang lain yang difikirkan dapat memberi cebisan-cebisan impak yang setaraf dengan usaha kita(anda)...tapi...
mereka fikir apa yang anda fikir?

apa yang mereka fikir?
"ah, yang kau berpenat-penat untuk benda itu kenapa?"
"itu bukan masalah aku..."
"apa masalah engkau?"
"whatever~"
"entah apa-apa je la..."
"ala...layan benda lain lagi bagus dari layan kau ni..."
"apa bezanya?apa kepentingan kau dalam hidup aku?"
"buat apa aku dengar cakap kau?"
"siapa engkau nak tentukan hidup aku dan orang lain?"

hm..."korang fikirkan ke apa yang aku fikirkan?"

hm...entahla...jika anda rasa anda cuma seorang minimalis...
anda akan rasa kecewa...

jika anda rasa anda seorang kapitalis...
anda tidak pernah akan setuju dengan saya...

terima kasih...saya adalah saya...

assalamualaikum~

Tuesday, June 23, 2009

pasang surut kehidupan


salam semua pembaca tegar blog aku...(ada ke?)

hahaha...how's life?
yela...almaklumlah,saat aku menulis sekarang aku percaya ramai yang masih ada kat rumah...
menghabiskan sisa-sisa cuti anda...

tahniah...

ok...this time i wanna talk about our life...
perjalanan hidup kita sebagai seorang insan...
sebagai seorang manusia yang berakal...

anda semua pernah mendengar...

"Hidup ini seperti roda"

ha...sah2 la selalu kan...
tiba-tiba aku rasa yang sekarang ni aku sedang berada di bawah roda tersebut...
aku rasa ada yang 'kurang' sana-sini...

di atas paksi semua ini adalah ketentuan Tuhan yang Maha Esa...
aku tetap hadapi jugak...
ketika ini aku rasakan...
sebarang keputusan akan membawa kita ke satu pilihan atau jawapan...
yang kadan-kadang kita tak nak pilih...
tak nak lalui..

tapi...terpaksa...

mungkin semuanya ada hikmah di sebalik kejadian..
aku tak nak tersilap cakap dalam situasi ini...
di mana aku sedang dipinggirkan...
di mana aku sedang di lupakan...
di remeh kan...

aku rasa akuy di bawah putaran roda...
terlanggar paku...
bocorlah aku...

jadi...
jangan langgar paku...
jangan langgar kaca yang cantik seperti berlian tapi...melukakan...
jangan langgar duri...yang asalnya dari mawar yang mekar di hati...

hm...
aku cuba jadikan situasi aku (sekarang ni) salah satu situasi yang aku dapat gunakan sebagai panduan aku sendiri...
serta panduan untuk orang lain...

kita tak selalu diatas...

tapi kita pernah diatas dan kita juga akan keatas...
I'Allah...

ok geng..itu je yang aku dapat kongsikan kali ni...
salam menuntut ilmu...
salam sahabat...

Assalamualaikum...

Thursday, June 18, 2009

cuti...inilah cuti?

salam semua...

dah lama kan aku tak menulis kat sini...
hm...takpe2...faham je la...

belum sampai masanya aku menulis secara full time...kui3...

hm...saat ini aku tengah cuti lagi...
lusa baru aku nek semester balik...

tapi sebelum aku balik maktab...gian plak rasanya nak menulis...ha..

this time i wanna talk about..HOLIDAY...

lots of things actually...macam-macam da berlaku dalam masa sebulan aku bercuti ni...
hm....

seperti...
1-akhirnya aku berjaya jumpa rakan-rakan 'MIC' aku...
yang selama ini jadi study group member aku..(i hope we can meet again)
2-kawan aku(semot) da dapat vesparados baru...(tahniah pada beliau)
3-akhirnya aku dapat result DELNA aku...(yang ada gak yang sama nasib ngan aku)..
jangan risau semua band6(alhamdulillah)...hahahaha...
4-inbox fon aku tak berjalan kecuali mesej-mesej dari service provider aku je (celcom)...
serius shit...aku cday...(kan3?)
5-aku bekerja mencari duit tanpa henti sebab aku rasa aku akan sengkek di hari murka...hahahaha
6-cday tgk moto aku yang terbenkalai sebab rosak...ai...ntah bile nk elok...
7-hampir setahun...
8-aku dapat jamm join dengan budak-budak kugiran kat FELDA aku...susah tapi membina pengalaman...

hm...itu je yang aku dapat dalam musim cuti ni...
kepada rakan-rakan dan insan tersayang(aicet)...
kite jumpa kat trek...

trek kehidupan kita...

assalamualaikum~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...